Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Pendaftaran Masuk Calon Persendirian SPM 2008

Pengumuman bersama Pengarah Pelajaran Sabah dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuat melalui Surat Khabar Tempatan hari ini bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2008. Borang-borang pendaftaran SPM (LPM/SPM 58 Pin.15/2007) boleh dicetak dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my/lpm manakala borang pendaftaran SPM Ulangan (LPM/KOM 63 Pin.1/2008)(OMR) boleh diperolehi daripada tempat-tempat berikut:- Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Tingkat 1, Dewan Serbaguna II Wisma MUIS, Kota Kinabalu Semua Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kecuali Kota Kinabalu dan Penampang Pendaftaran dibuka 03 Mac 2008 dan akan ditutup pada hari Isnin, 31 Mac 2008 jam 5.00 petang . Permohonan yang lewat diterima akan ditolak.

Ayu Juara One In A Million 2

Ayu yang berasal dari Sabah, dinobatkan sebagai Juara One In A Million 2 dengan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM1,000,000 ! Dilihat latarbelakang Ayu, disebabkan keadaan kewangan keluarga yang serba kekurangan, beliau terpaksa bekerja demi membiayai pendidikan adik-adiknya yang masih kecil dan melupakan impian beliau untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 6, apalagi ke peringkat Diploma dan Ijazah. Satu pengorbanan yang mulia. Tapi dengan kemenangan Satu Juta Ringgit OIAM - One In A Million, segala kekurangan ini, hapus! Tahniah untuk Ayu (lagu pertama beliau - HANYA DI MERCU ciptaan Aubrey Suwito) yang berasal dari Sabah Negeri Di Bawah bAYU. Biarlah cerita kehidupan Ayu – Juara OIAM 2 menjadi ikhtibar kepada kita semua yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah.