Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Current News

Cosmopoint Sabah Contact Address

We have 2 branches in Sabah. 1. Wisma Times, No.2 1KM, Jln Tuaran Bypass, 88850 Kota Kinabalu. Tel: 088-389004 2. Menara MAA, Level 4, No. 6 Lorong Api-Api 1, 88100 Kota Kinabalu Tel: 088-260991 Please visit our center for more info on courses that offered. Thank you. COSMOPOINT SABAH April 8, 2013

Pendaftaran Masuk Calon Persendirian SPM 2008

Pengumuman bersama Pengarah Pelajaran Sabah dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuat melalui Surat Khabar Tempatan hari ini bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2008. Borang-borang pendaftaran SPM (LPM/SPM 58 Pin.15/2007) boleh dicetak dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my/lpm manakala borang pendaftaran SPM Ulangan (LPM/KOM 63 Pin.1/2008)(OMR) boleh diperolehi daripada tempat-tempat berikut:- Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Tingkat 1, Dewan Serbaguna II Wisma MUIS, Kota Kinabalu Semua Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kecuali Kota Kinabalu dan Penampang Pendaftaran dibuka 03 Mac 2008 dan akan ditutup pada hari Isnin, 31 Mac 2008 jam 5.00 petang . Permohonan yang lewat diterima akan ditolak.

Ayu Juara One In A Million 2

Ayu yang berasal dari Sabah, dinobatkan sebagai Juara One In A Million 2 dengan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM1,000,000 ! Dilihat latarbelakang Ayu, disebabkan keadaan kewangan keluarga yang serba kekurangan, beliau terpaksa bekerja demi membiayai pendidikan adik-adiknya yang masih kecil dan melupakan impian beliau untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 6, apalagi ke peringkat Diploma dan Ijazah. Satu pengorbanan yang mulia. Tapi dengan kemenangan Satu Juta Ringgit OIAM - One In A Million, segala kekurangan ini, hapus! Tahniah untuk Ayu (lagu pertama beliau - HANYA DI MERCU ciptaan Aubrey Suwito) yang berasal dari Sabah Negeri Di Bawah bAYU. Biarlah cerita kehidupan Ayu – Juara OIAM 2 menjadi ikhtibar kepada kita semua yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah.

Sabah Job Centre

PENDAHULUAN Sabah Job Centre merupakan sebuah bahagian yang baru diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat . Lokasi pejabatnya adalah di Tingkat Bawah, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. VISI SABAH JOB CENTR E Untuk menjadi sebuah pusat maklumat latihan dan pekerjaan bagi negeri Sabah. MISI SABAH JOB CENTRE Memiliki anggota yang mesra pelanggan dengan sistem efektif OBJEKTIF SABAH JOB CENTRE Memastikan pencari pekerjaan, syarikat perniagaan dan penyedia latihan berdaftar dengan Sabah Job Centre . Fungsi-Fungsi Sabah Job Centre Mengumpul maklumat pencari pekerjaan Mengumpul maklumat peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan. Menyediakan maklumat pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal. Memberikan panduan kerjaya kepada pencari pekerjaan bagi meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan. Mengendalikan Job Portal sebagai tempat untuk para majikan mengiklankan jawatan. Mengendalikan Sabah Online Educati...

Pelancaran Sabah Job Center dan Ekspo Kerjaya JPSM 2007

Pada 13 November 2007 Pelancaran Sabah Job Center (SJC) dan Ekspo Kerjaya JPSM 2007 dilancarkan Oleh Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat. Sabah Job Center (SJC) adalah satu portal untuk pencari-pencari kerja terutamanya pasaran kerja peringkat Kerajaan atau swasta negeri Sabah. Ini adalah satu portal baru dan sangat baik untuk sumber pekerjaan di negeri Sabah. Beberapa pameran dibuat dari pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta. 

Peperiksaan Bahasa Melayu Julai

Pengumuman penting bagi para pelajar yang ingin menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai! Pendaftaran akan dibuka pada 1 MAC 2007 hingga 30 MAC 2007 . Pendaftaran ini bukan sahaja untuk para pelajar yang ingin menduduki semula peperiksaan Kertas Bahasa Melayu Julai (July Paper) , tetapi juga yang mengambil Subjek Penuh (Full Subjects) untuk Peperiksaan SPM November 2007 . Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Sabah, Bahagian Peperiksaan di 088-252401 , atau datang sendiri ke pejabat mereka di Tingkat 1, Wisma MUIS Kota Kinabalu . Sumber info: Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Kota Kinabalu Sabah

Windows To Malaysia

Windows To Malaysia is established for the purpose of dissemination information about Malaysia worldwide especially bringing the best of Malaysian products and services to the doorstep of potential markets.We envisage to assist in increasing bilateral trade between Malaysia and any country of the world. Windows to Malaysia (WTM) being a subsidairy of COSMOPOINT SDN BHD is one of Malaysia's leading interactive multimedia design and development companies. Our reputation is built on our commitment to superior creative/design values, high interactivity and thorough treatment of content in all of our work. Our business is creating interactive multimedia products and services, from concept to market for a variety of audiences.