Skip to main content

Pendaftaran Masuk Calon Persendirian SPM 2008

Pengumuman bersama Pengarah Pelajaran Sabah dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuat melalui Surat Khabar Tempatan hari ini bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2008.

Borang-borang pendaftaran SPM (LPM/SPM 58 Pin.15/2007) boleh dicetak dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my/lpm manakala borang pendaftaran SPM Ulangan (LPM/KOM 63 Pin.1/2008)(OMR) boleh diperolehi daripada tempat-tempat berikut:-

  • Sektor Penilaian dan Peperiksaan
    Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
    Tingkat 1, Dewan Serbaguna II
    Wisma MUIS, Kota Kinabalu
  • Semua Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/
    Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
    kecuali Kota Kinabalu dan Penampang

Pendaftaran dibuka 03 Mac 2008 dan akan ditutup pada hari Isnin, 31 Mac 2008 jam 5.00 petang. Permohonan yang lewat diterima akan ditolak.


Comments