Skip to main content

Posts

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2009

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2009 adalah dibuka sekarang kepada semua lepasan sekolah/kolej yang layak. Boleh memohon secara online juga. Klik pada link yang disediakan di bawah. Permohonan BKNS Online

Pendaftaran Masuk Calon Persendirian SPM 2008

Pengumuman bersama Pengarah Pelajaran Sabah dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuat melalui Surat Khabar Tempatan hari ini bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) 2008. Borang-borang pendaftaran SPM (LPM/SPM 58 Pin.15/2007) boleh dicetak dengan melayari laman web http://www.moe.gov.my/lpm manakala borang pendaftaran SPM Ulangan (LPM/KOM 63 Pin.1/2008)(OMR) boleh diperolehi daripada tempat-tempat berikut:- Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Tingkat 1, Dewan Serbaguna II Wisma MUIS, Kota Kinabalu Semua Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/ Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kecuali Kota Kinabalu dan Penampang Pendaftaran dibuka 03 Mac 2008 dan akan ditutup pada hari Isnin, 31 Mac 2008 jam 5.00 petang . Permohonan yang lewat diterima akan ditolak.

Ayu Juara One In A Million 2

Ayu yang berasal dari Sabah, dinobatkan sebagai Juara One In A Million 2 dengan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM1,000,000 ! Dilihat latarbelakang Ayu, disebabkan keadaan kewangan keluarga yang serba kekurangan, beliau terpaksa bekerja demi membiayai pendidikan adik-adiknya yang masih kecil dan melupakan impian beliau untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan 6, apalagi ke peringkat Diploma dan Ijazah. Satu pengorbanan yang mulia. Tapi dengan kemenangan Satu Juta Ringgit OIAM - One In A Million, segala kekurangan ini, hapus! Tahniah untuk Ayu (lagu pertama beliau - HANYA DI MERCU ciptaan Aubrey Suwito) yang berasal dari Sabah Negeri Di Bawah bAYU. Biarlah cerita kehidupan Ayu – Juara OIAM 2 menjadi ikhtibar kepada kita semua yang mampu meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah.

Sabah Job Centre

PENDAHULUAN Sabah Job Centre merupakan sebuah bahagian yang baru diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat . Lokasi pejabatnya adalah di Tingkat Bawah, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. VISI SABAH JOB CENTR E Untuk menjadi sebuah pusat maklumat latihan dan pekerjaan bagi negeri Sabah. MISI SABAH JOB CENTRE Memiliki anggota yang mesra pelanggan dengan sistem efektif OBJEKTIF SABAH JOB CENTRE Memastikan pencari pekerjaan, syarikat perniagaan dan penyedia latihan berdaftar dengan Sabah Job Centre . Fungsi-Fungsi Sabah Job Centre Mengumpul maklumat pencari pekerjaan Mengumpul maklumat peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan, pertanian dan pembuatan. Menyediakan maklumat pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal. Memberikan panduan kerjaya kepada pencari pekerjaan bagi meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan. Mengendalikan Job Portal sebagai tempat untuk para majikan mengiklankan jawatan. Mengendalikan Sabah Online Educati...

Pelancaran Sabah Job Center dan Ekspo Kerjaya JPSM 2007

Pada 13 November 2007 Pelancaran Sabah Job Center (SJC) dan Ekspo Kerjaya JPSM 2007 dilancarkan Oleh Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat. Sabah Job Center (SJC) adalah satu portal untuk pencari-pencari kerja terutamanya pasaran kerja peringkat Kerajaan atau swasta negeri Sabah. Ini adalah satu portal baru dan sangat baik untuk sumber pekerjaan di negeri Sabah. Beberapa pameran dibuat dari pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta. 

Pinjaman Pendahuluan MARA

Pejabat MARA Negeri Sabah, Bahagian Latihan & Pelajaran MARA memberi Pinjaman Pendahuluan MARA kepada para bakal pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Kolej Teknologi Cosmopoint Cawangan Sabah. Pinjaman Pendahuluan MARA ini khasnya akan diberikan kepada Bumiputera Sabah yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Kolej Teknologi Cosmopoint Cawangan Sabah. Dan Pinjaman Pendahuluan MARA ini adalah TERTAKLUK kepada kelulusan daripada pihak MARA. Program-program Diploma Kolej Teknologi Cosmopoint Sabah yang mendapat kelulusan untuk Pinjaman Pendahuluan MARA ini ialah Diploma Teknologi Maklumat , Diploma Aplikasi Multimedia dan Diploma Senireka Grafik (Grafik Berkomputer) . Gambar salah seorang bakal pelajar kami yang telah mendapat Pinjaman Pendahuluan MARA ini. ** Pada saat topik ini dibuat, para bakal pelajar yang mendapat kelulusan Pinjaman Pendahuluan MARA menerima wang pinjaman sebanyak RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja).